Wednesday, February 24, 2010

Peluru Dalam Perahu: Kronologi

*Bukan gambar di Amcorp Mall. Juga bukan koleksi kami.

Peluru Dalam Perahu dibangunkan oleh beberapa orang sahabat yang sama-sama berkongsi minat dalam mengumpul koleksi barangan yang berkaitan dengan muzik, filem, figura aksi, fesyen dan seni. Bermula dengan sekadar hobi, kami kini menjual sebahagian barangan dalam koleksi peribadi kami. Untuk pengetahuan umum, sejak setahun lalu, kami telah mula berniaga di Amcorp Mall Flea Market, namun hanya pada hari minggu pertama bagi setiap bulan. Blog ini terhasil untuk mempromosikan dan menjual barangan koleksi kami, di samping berdiskusi bersama-sama pengumpul lain dalam sfera blog semasa. Kami akan cuba untuk mengemas kini kandungan blog ini sekerap mungkin, berdasarkan ketersediaan stok barangan yang ingin dijual. Teruskan menyokong kami! Terima kasih.

2 comments: