Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Ramadan Di Amcorp


Salam Ramadan warga PDP ucapkan kepada semua. Setelah berada dalam hiatus selama 2 bulan, pada hari Ahad bersamaan dengan 14 Ogos ini, kami akan berniaga di Amcorp Mall Flea Market. Macam biasa, barangan jualan semasa dan terkini akan diperdagangkan di sana. Jemputlah singgah jika ada kelapangan. Selamat berbuka puasa!

Monday, June 6, 2011

Promosi Sahabat

Selamat hari Isnin buat semua. Sahabat baik kami di http://sneakersfreakers.blogspot.com/ ada beberapa LP serta barangan menarik lain yang dibuka untuk jualan. Silalah singgah. Terima kasih.

Friday, May 27, 2011

PDP Di Amcorp Mall!

*Kad nama terkini PDP. Rekaan Mr. Maman.

Selamat hari Jumaat kepada semua pengunjung blog Peluru Dalam Perahu. Ahad ini (29 Jun 2011), kami akan berada di Amcorp Mall Flea Market. Barang jualan semasa dan terkini akan diperdagangkan di sana. Singgahlah jika anda ada kelapangan, okey? Thanks!

Wednesday, November 3, 2010

PDP Weekend Stall

Berikut adalah antara barangan yang diperdagangkan oleh kami di Amcorp Mall Flea Market pada bulan Oktober lepas.

Figura Aksi

CD & DVD

Beg Wanita

Jadi, pada bulan ini, sekali lagi kami akan berniaga di tapak yang bertempat di Amcorp Mall pada hari Ahad, bersamaan dengan 7 November 2010. Kepada mereka yang mempunyai kesempatan untuk pergi, ayuh kita memeriahkan lagi Flea Market ini dan jemputlah singgah ke meja kami. Terima kasih dan Selamat Hari Deepavali kepada semua pembaca blog yang meraikannya.

Thursday, July 8, 2010

PDP kembali menerjah Amcorp!

Transformers (Optimus Prime) X Akira (Motor Kaneda). Hiasan sahaja.

Demam Piala Dunia sudah sampai ke kemuncaknya! Semoga pasukan pilihan anda menjadi juara untuk musim kali ini. Anyway, pada hujung minggu ini bersamaan dengan hari Ahad, 11 Julai 2010, kami akan membuka booth di Amcorp Mall Flea Market. Jadi, kepada semua yang mempunyai masa lapang tu, bolehlah singgah ke kedai kami. Barangan jualan sedia ada dan juga yang baru akan diperagakan. Terima kasih dan jumpa di sana ya!

Thursday, June 10, 2010

Amcorp Kembali!



*Gambar-gambar yang dipetik ketika hari jualan terakhir kami di Amcorp bulan lepas.

Setelah sekian lama, hari Ahad bersamaan dengan 13 Jun 2010 ini, kami akan kembali meniaga di Flea Market Amcorp Mall. Macam biasa, selain dari koleksi semasa, barangan baru dan masih panas-panas akan turut diperagakan di sana. Jadi, kepada semua yang free jemputlah singgah ke meja kami ya! Jumpa lagi!

Friday, May 7, 2010

Amcorp Datang Lagi!


Temui kami di Amcorp Mall Flea Market pada hari Sabtu & Ahad, bersamaan dengan 8 & 9 Mei 2010 ini. Beberapa barangan baru serta jualan sedia ada akan dipaparkan. Jumpa di sana! Terima kasih.

Thursday, April 15, 2010

PDP kini di mudah.my!

*Sekadar gambar hiasan.

Buat pengunjung semua, semua barangan kami di blog ini kini terdapat di laman web mudah.my. Hanya taip 'Peluru Dalam Perahu' di kotak carian untuk melihat barangan yang dijual. Walau bagaimanapun, blog ini tetap menjadi medium utama untuk sebarang kemas kini mengenai barangan terbaru mahupun apa-apa pertanyaan serta perbincangan. Teruskan menyokong kami. Terima kasih!

Monday, April 5, 2010

Hujung Minggu Di Amcorp

Antara barangan yang diperdagangkan semalam.

Pelapik cawan yang mempunyai mesej tersembunyi. RM3 untuk 6 keping.

Venom buat perangai di khalayak ramai. Sungguh tak patut! Dijual secara set, Venom (Marvel, ToyBiz) & Tremor (Spawn, McFarlane Toys) - RM55 SOLD!

Akan datang! Kain Batik Bugis. RM65 setiap pek.

Friday, April 2, 2010

Flea Market Kembali!

*Gambar hanya untuk tujuan ilustrasi.

Kami memohon maaf atas kelewatan mengemas kini blog Peluru Dalam Perahu. Waktu lapang yang terbatas membuatkan kami sukar untuk berbuat demikian. Okey! Buat makluman pengunjung semua, pada hari Ahad bersamaan dengan 4 April ini, kami akan berniaga di Amcorp Mall Flea Market. Jadi, jika anda mempunyai waktu terluang, jom kunjungi kami di sana. Sebilangan barangan baru yang tidak sempat kami muat naikkan di sini akan dijual pada Ahad nanti. Jumpa di sana! Terima kasih.

Monday, March 8, 2010

Sehari Di Amcorp

Sebahagian daripada barangan yang dijual semalam.

Akan datang! Nantikan barisan beg wanita dalam koleksi kami.

Michael Jackson membuat cameo di Amcorp Mall Flea Market semalam sekali gus menghiburkan para pengunjung.

Tuesday, March 2, 2010

Flea Market

*Maaf, figura Akira di atas telah dijual di Amcorp Mall Flea Market pada beberapa bulan yang lepas.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya ingin membeli barangan dari blog ini. Ada 2 cara, pertamanya, COD (Cash-On-Delivery). COD biasanya dilakukan di kawasan sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Seri Kembangan, Damansara dan yang paling mudah, pada hari Ahad di Amcorp Mall. Cara kedua, kami boleh menghantar barangan yang dipesan melalui pos berdaftar. Hubungi kami untuk kadar penghantaran.

Buat mereka yang tidak ke mana-mana hujung minggu ini, kunjungilah gerai kami di Amcorp Mall Flea Market pada hari Ahad, 7 Mac 2010. Barangan yang terdapat blog ini akan dijual di sana. Lokasi meja kami masih belum ditentukan, tapi jangan bimbang! Jika anda terlihat akan koleksi dalam blog ini terdapat di salah satu meja jualan Flea Market (dalam bangunan), itulah kami. Sebarang urusan mengenai barangan dalam blog ini boleh diaturkan di sana. Terima kasih atas sokongan anda.

Wednesday, February 24, 2010

Peluru Dalam Perahu: Kronologi

*Bukan gambar di Amcorp Mall. Juga bukan koleksi kami.

Peluru Dalam Perahu dibangunkan oleh beberapa orang sahabat yang sama-sama berkongsi minat dalam mengumpul koleksi barangan yang berkaitan dengan muzik, filem, figura aksi, fesyen dan seni. Bermula dengan sekadar hobi, kami kini menjual sebahagian barangan dalam koleksi peribadi kami. Untuk pengetahuan umum, sejak setahun lalu, kami telah mula berniaga di Amcorp Mall Flea Market, namun hanya pada hari minggu pertama bagi setiap bulan. Blog ini terhasil untuk mempromosikan dan menjual barangan koleksi kami, di samping berdiskusi bersama-sama pengumpul lain dalam sfera blog semasa. Kami akan cuba untuk mengemas kini kandungan blog ini sekerap mungkin, berdasarkan ketersediaan stok barangan yang ingin dijual. Teruskan menyokong kami! Terima kasih.