Tuesday, March 2, 2010

Kotobukiya: Batman Room Gargoyle SOLD!



Sebuah figura Batman, yang sedang beraksi atas tugu kepala burung. Ganas! Model ini adalah keluaran Kotobukiya. Barangan masih dalam kondisi asalnya, dan dimasukkan kembali ke dalam kotak.

Dibuka pada harga RM155. Ada apa hal, roger saja kami menerusi emel atau tinggalkan komen anda di pos ini. Thanks!

Monday, March 1, 2010

Kamera Klasik: Ricoh 500 G SOLD!





Anda penggemar kamera? Peminat barang-barang klasik? Sebuah kamera klasik Ricoh, model 500 G dibuka untuk bidaan. Kondisi luarannya baik, namun ia tidak boleh digunakan. Pemilik sebelum ini menjelaskan bahawa kamera ini masih boleh diperbaiki di pusat servis kamera terpilih. Bagaimanapun, dengan susuknya yang vintaj, kamera ini sempoi untuk dipaparkan bersama-sama barangan klasik anda.

Tawarkan kami harga anda! Sebarang bidaan dan pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat emel: pelurudalamperahu [at] gmail [dot] com. Terima kasih!

Batman and Son SOLD!




Batman ada anak? Tak mungkin! Yang pasti, set figura aksi keluaran DC Direct ini sememangnya cun untuk dijadikan koleksi. Set mengandungi kesemua 5 model termasuklah Batman, Joker, Ninja Manbat dan Robin & Damian.

Set dalam kondisi baru dan belum dibuka. Tidak dijual secara berasingan. Harganya, RM305. Bagi peminat Batman di luar sana, rebutlah peluang untuk memiliki set ini sekarang! Roger kami di emel: pelurudalamperahu [at] gmail [dot] com atau tinggalkan komen-komen nakal anda di pos ini.

Spawn Series 25: Creech 2 SOLD!


Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, Series 25 adalah antara barisan model aksi yang tidak pernah mengecewakan para peminat Spawn. Kondisinya bagus, hanya digunakan untuk paparan di atas rak mainan, dan disertakan bersama-sama display base dan kotaknya. Dibuka pada harga RM150. Hubungi kami untuk rundingan harga. Terima kasih!

The Spirit keluaran Mezco SOLD!


Sekiranya anda peminat komik dan juga filem The Spirit, pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki figura aksi keluaran Mezco ini. Kondisinya baru dan masih belum dibuka di dalam kotak. RM80. Seperti biasa, kontak kami!

Spawn Series 7: Sam & Twitch



Anda penggemar figura aksi keluaran Mcfarlane Toys? Sudahkah anda memiliki Sam&Twitch dari Series 7? Jika belum, inilah peluang anda untuk merembatnya!

Dengan harga serendah RMSOLD! (boleh dirunding), anda mampu memiliki kedua-dua model aksi ini. Masih belum dibuka di dalam kotak. Sepasang koleksi yang pastinya memeriahkan lagi rak mainan anda.

Ada apa dalam perahu? Dalam perahu ada peluru!
Emel: pelurudalamperahu [at] gmail [dot] com
Sekian!

Marvel Legends Series 7: Phasing Ghost Rider SOLD!


Dibuka untuk jualan, Marvel Legends Series 7: Phasing Ghost Rider. Figura varian bagi watak Ghost Rider. Figura ini jelas memaparkan tahap permulaan transformasi Johnny Blaze kepada Ghost Rider.

Masih baru dan belum dibuka. RM75. Disertakan bersama motorsikal dan komik. Macam biasa, hubungi kami! Terima kasih.

Hellspawn: Spawn Series 25 SOLD!


Model Aksi Spawn Siri Ke-25, dikatakan antara siri paling chanteq untuk dijadikan koleksi. Hellspawn ini masih baru di dalam kotak. Figura keluaran Mcfarlane Toys ini bakal menjadi milik anda dengan harga RM80. Jangan berlengah lagi!

Apa ada hal, emel pada kami atau tinggalkan komen sajalah. Terima kasih beb!

T-Shirt Rise Against




T-Shirt:
Rise Against
Saiz: M
Tag / Negara Pengeluar: Gildan / Haiti
Kondisi: Ditempah (Baru!)
Warna: Kelabu Cerah
Harga: RMSOLD!

T-Shirt The Strokes SOLD!




T-Shirt: The Strokes (First Impressions On Earth)
Saiz: S
Tag / Negara Pengeluar: Cinder Block / USA
Kondisi: Ditempah (Baru!)
Warna: Hitam
Harga: RM85