Friday, March 5, 2010

Thursday, March 4, 2010

T-Shirt The Sounds SOLD!


T-Shirt: The Sounds (Tony The Beat)
Saiz: S
Tag / Negara Pengeluar: Bay Island Sportswear / Honduras
Kondisi: Ditempah (Baru!)
Warna: Putih
Harga: RM85

Tuesday, March 2, 2010

Flea Market

*Maaf, figura Akira di atas telah dijual di Amcorp Mall Flea Market pada beberapa bulan yang lepas.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya ingin membeli barangan dari blog ini. Ada 2 cara, pertamanya, COD (Cash-On-Delivery). COD biasanya dilakukan di kawasan sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Seri Kembangan, Damansara dan yang paling mudah, pada hari Ahad di Amcorp Mall. Cara kedua, kami boleh menghantar barangan yang dipesan melalui pos berdaftar. Hubungi kami untuk kadar penghantaran.

Buat mereka yang tidak ke mana-mana hujung minggu ini, kunjungilah gerai kami di Amcorp Mall Flea Market pada hari Ahad, 7 Mac 2010. Barangan yang terdapat blog ini akan dijual di sana. Lokasi meja kami masih belum ditentukan, tapi jangan bimbang! Jika anda terlihat akan koleksi dalam blog ini terdapat di salah satu meja jualan Flea Market (dalam bangunan), itulah kami. Sebarang urusan mengenai barangan dalam blog ini boleh diaturkan di sana. Terima kasih atas sokongan anda.

Spawn & Miracleman SOLD!



Eksklusif! Figura aksi keluaran Mcfarlane Toys. Spawn bergandingan dengan Miracleman. Masih baru di dalam kotak. Untuk pengetahuan semua, koleksi ini dikeluarkan sempena San Deigo Comic Con International. Memang rare!

Kepada peminat Spawn di luar sana, rebutlah peluang untuk merembat kedua-dua figura aksi ini yang pastinya memberi sentuhan unik dalam koleksi figura anda. Dijual pada harga RM150. Ada apa hal, roger kami!

Kingdom Come: Deadman


Buat peminat komik Kingdom Come, rebutlah peluang untuk memiliki figura Deadman ini. Masih dalam keadaan baru, belum ditanggalkan dari pelapis kotak. Cuma kotaknya ada sedikit kemik (rujuk gambar).

Harganya, RM45 (boleh dibawa berbincang lagi). Sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada kami atau tinggalkan saja komen anda di pos ini. Hingga berjumpa lagi!